Home / Regular Issue / JTAS Vol. 9 (2) Sep. 2001 / JSSH-0136-2001

 

Stres di Kalangan Guru Wanita yang Mengajar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Noran Fauziah, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Rahil Mahyuddin

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 9, Issue 2, September 2001

Keywords: Stres, Kemahiran Hidup, Sindrom Adaptasi Umum, analisis regresi

Published on:

Satu kajian telah dijalankan ke atas guru wanita yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup dari daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Objektif kajian ialah (a) untuk menentukan tahap stres di kalangan guru-guru tersebut dan (b) untuk menerangkan stres dari dua pembolehubah bebas, iaitu beban kerja dan faktor pelajar. Data telah diperoleh melalui soal selidik yang telah dibentuk khas untuk mengukur stres, beban kerja dan faktor pelajar. Selain itu, melalui soalan terbuka, kajian ini juga cuba mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor lain yang menyebabkan stres. Dapatan kajian menunjukkan 50% daripada responden berada dalam kategori tidak stres dan yang 50% lagi berada dalam keadaan stres. Apabila analisis regresi dibuat ke atas stres, didapati sebanyak 72 peratus daripada varian stres adalah disebabkan oleh kedua-dua faktor iaitu beban kerja dan pelajar. Dapatan kajian mempunyai beberapa implikasi tentang bagaimana hendak mengatasi stres di kalangan guru secara umum.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0136-2001

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles