Research article
Sejarah dan Asal-usul Bahasa Arab: Satu Kajian Linguistik Sejarawi
KeywordsLinguistik sejarawi, bahasa Arab, orang Samiyyah
Article content
Abstract
Kertas kerja ini merupakan satu kajian linguistik sejarawi mengenai asal-usul bahasa Arab. Ini kerana hingga hari ini, kajian mengenai asal-usul bahasa Arab ini masih dibincangkan dan dikaji oleh para sarjana Timur dan Barat. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai bahasa Arab yang berasal dari bahasa Sennit. Dalam kajian ini, penulis perlu membincangkan pandangan ahli linguistik Arab dan sarjana Barat mengenai penempatan dan bahasa yang digunakan orang- orang Samiyyah. Di samping itu, kertas kerja ini juga akan membuktikan bahawa penempatan awal bagi orang-orang Samiyyah adalah di Semenanjung Arab dan bahasa terawal yang digunakan oleh mereka juga adalah bahasa Arab.
