Home / Regular Issue / JTAS Vol. 10 (1) Mar. 2002 / JSSH-0142-2002

 

Profil Personaliti Pelajar-pelajar Program Matrikulasi Universiti Putra Malaysia

Sidek Mohd Noah dan Othman Jailani

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 10, Issue 1, March 2002

Keywords: Profil personaliti, tret personaliti, bidang pengkhususan, matrikulasi, jantina

Published on:

Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengenal pasti bentuk profil personaliti pelajar program matrikulasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan sama ada wujud perbezaan personaliti antara pelajar lelaki dengan perempuan mengikut bidang pengkhususan. Subjek kajian terdiri daripada 340 pelajar yang telah dipilih secara rawak berlapis daripada 1475 pelajar matrikulasi Sains, Kejuruteraan, Perubatan, Perakaunan dan TESL. Alat kajian yang digunakan ialah Inventori Personaliti Sidek. Data-data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif termasuklah min, sisihan piawai dan kekerapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap bidang pengkhususan telah menunjukkan bentuk profil personaliti yang hampir sama. Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa tret-tret personality utama yang dikaitkan dengan personaliti pelajar institusi pengajian tinggi yang ideal seperti tret personaliti analitikal, intelektual dan ketahanan hanya di tahap sederhana sahaja sementara tret personaliti bersandar dan kritik-diri didapati agak tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan profil personaliti yang signifikan berdasarkan bidang pengkhususan dan jantina pelajar. Sehubungan dengan dapatan kajian yang diperoleh, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0142-2002

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles