Home / Regular Issue / JTAS Vol. 10 (2) Sep. 2002 / JSSH-0151-2002

 

Faktor-faktor Mempengaruhi Agihan Pendapatan di Malaysia 1970-2000

Rahmah Ismail dan Poo Bee Tin

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 10, Issue 2, September 2002

Keywords: Agihan pendapatan, pekali Gini, Keluaran Dalam Negara Kasar, bayaran pindahan, keterbukaan ekonomi

Published on:

Pembangunan ekonomi Malaysia telah menyaksikan trend turun naik dalam ketaksetaraan agihan pendapatan di samping penurunan yang berterusan dalam kadar kemiskinan. Antara tahun 1957/58 sehinggalah 1999, berlaku peningkatan dan penurunan dalam ketaksetaraan agihan pendapatan. Pekali Gini telah mengalami peningkatan antara tahun 1957/58 hingga 1976, iaitu menunjukkan agihan pendapatan menjadi semakin tidak seimbang. Tetapi antara tahun 1976 hingga 1990, pekali Gini mengalami penurunan yang menggambarkan agihan pendapatan menjadi lebih seimbang. Malangnya antara tahun 1990 hingga 1997, pekali Gini sekali lagi meningkat, tetapi menurun sedikit pada tahun 1999. Objektif artikel ini ialah untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi agihan pendapatan di Malaysia melalui kaedah persamaan regresi dengan menggunakan data-data dari tahun 1970 hingga 2000. Di samping melihat kepada keseluruhan tempoh, analisis juga dilakukan dalam dua tempoh yang berbeza iaitu 1970- 1984 dan 1985-2000. Keputusan kajian ini menunjukkan pengaruh faktor-faktor yang dipilih terhadap agihan pendapatan adalah berbeza antara dua tempoh. Antara tahun 1970-1984, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, peratus guna tenaga dalam sektor industri, keterbukaan ekonomi, bayaran pindahan dan pelaburan langsung asing member pengaruh yang positif terhadap pekali Gini. Ini bererti peningkatan dalam pemboleh ubahpemboleh ubah ini meningkatkan lagi ketidakseimbangan agihan pendapatan. Dalam tempoh 1985-2000, pelaburan langsung asing masih mempunyai pengaruh positif terhadap pekali Gini di samping kadar celik huruf, kadar pengangguran dan buruh asing. Sementara kadar pertumbuhan KDNK per kapita, guna tenaga sektor industri dan bayaran pindahan memberi kesan negatif yang menggambarkan kenaikan dalam pemboleh ubah-pemboleh ubah ini akan menyebabkan agihan pendapatan menjadi lebih seimbang.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0151-2002

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles