Home / Regular Issue / JTAS Vol. 12 (1) Mar. 2004 / JSSH-0176-2004

 

Aspirasi Pekerjaan Pelajar Kejuruteraan Sekolah Menengah Teknik

Zakaria Kasa & Ab. Rahim Bakar

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 12, Issue 1, March 2004

Keywords: Aspirasi kerjaya, panduan kerjaya, pembangunan kerjaya, kerjaya dalam kejuruteraan, pendidikan teknikal dan vokasional

Published on:

Aspirasi kerjaya adalah satu aspek penting dalam kehidupan seseorang yang boleh mempengaruhi kemajuan kerjayanya. Aspirasi kerjaya boleh menjadi daya penarik kepada pelajar sekolah untuk menceburi sesuatu pekerjaan. Satu kajian deskriptif dijalankan untuk mengenal pasti aspirasi kerjaya pelajar bidang kejuruteraan di sekolah menengah teknik di Semenanjung Malaysia. Sejumlah 1,123 pelajar Tingkatan Empat dipilih sebagai sampel kajian. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Dapatan menunjukkan kebanyakan pelajar perempuan memasuki bidang kejuruteraan awam dan binaan, manakala kebanyakan pelajar lelaki memasuki bidang kejuruteraan elektrikal dan mekanikal. Majoriti responden menyatakan mereka memilih bidang pengajian kerana minat. Walaupun responden memasuki bidang kejuruteraan, hanya separuh daripada mereka bercita-cita menjadi jurutera, manakala yang lain telah memilih pelbagai jenis pekerjaan lain selain jurutera. Justeru itu, adalah dicadangkan agar usaha perlu dilaksanakan untuk menarik lebih banyak pelajar berminat untuk menjadi jurutera, terutama di kalangan mereka yang mengikuti bidang kejuruteraan. Ini boleh dilakukan dengan mendedahkan mereka kepada pelbagai jenis pekerjaan yang berkaitan bidang pengajian mereka.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0176-2004

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles