Home / Regular Issue / JTAS Vol. 12 (2) Sep. 2004 / JSSH-0180-2004

 

Gangguan Bunyi Melayu dalam Sebutan Arab: Satu Analisis Ringkas

Mohd Azidan bin Abdul Jabar

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 12, Issue 2, September 2004

Keywords: Pertembungan bahasa, gangguan, pemindahan bahasa, konsonan. Vocal

Published on:

Bahasa Arab merupakan bahasa yang tersebar luas di seluruh dunia. Selain daripada penutur jati Arab, terdapat beratus-ratus juta orang yang menggunakan bahasa Arab untuk mencapai berbagai-bagai tujuan. Pertembungan bahasa Arab dengan bahasa dan budaya Melayu menjadi punca kesilapan yang berlaku semasa penggunaan bahasa Arab oleh individu dwibahasa atau individu yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua (ASL) atau sebagai bahasa asing (AFL). Kesilapan ini boleh terjadi pada semua peringkat bahasa. Fenomena ini dikenali sebagai "gangguan" yang boleh didefmisikan sebagai pemindahan unsur suatu bahasa kepada bahasa yang lain dalam pelbagai peringkat bahasa termasuk aspek fonologi. Berdasarkan telahan ini, makalah ini cuba mendeskripsi bentuk-bentuk dan jenis-jenis gangguan bunyi Melayu yang berlaku semasa penggunaan bahasa Arab oleh penutur Melayu jati.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0180-2004

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles