Home / Regular Issue / JTAS Vol. 12 (2) Sep. 2004 / JSSH-0185-2004

 

Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri Akademik Di dalam Pendidikan Perakaunan

Suhaida Abdul Kadir, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Noran Fauziah Yaakub, Habibah Elias & Rohani Ahmad Tarmizi

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 12, Issue 2, September 2004

Keywords: Konsep kendiri akademik, pendidikan perakaunan, strategi pembelajaran koperatif

Published on:

Konsep kendiri akademik merupakan persepsi individu terhadap kebolehan dirinya dalam bidang akademik. Pemupukan konsep kendiri positif dalam diri pelajar adalah penting kerana konsep kendiri akademik yang tinggi akan membina keyakinan diri terhadap pencapaian cemerlang. Kajian di luar negeri menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan konsep kendiri pelajar. Pada masa kini, strategi pembelajaran berkumpulan ini juga mula mendapat perhatian dalam sistem pendidikan Malaysia. Bagaimanapun, kajian berbentuk empirik untuk mengukur keberkesanan strategi tersebut dalam konteks Malaysia sangat berkurangan. Kertas kerja ini melaporkan dapatan kajian berbentuk eksperimen yang dijalankan di peringkat sekolah menengah. Kajian ini membandingkan strategi pembelajaran koperatif dengan strategi tradisional terhadap konsep kendiri akademik dalam pendidikan perakaunan. Persepsi pelajar terhadap pelaksanaan strategi pembelajaran koperatif diperoleh melalui soalan terbuka yang berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan konsep kendiri akademik pelajar kumpulan pembelajaran tradisional lebih tinggi berbanding kumpulan pembelajaran koperatif. Namun begitu, data kualitatif yang diperoleh menjelaskan dengan lebih terperinci pengalaman positif yang dilalui oleh pelajar. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa strategi pembelajaran koperatif sesuai dilaksanakan di Malaysia.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0185-2004

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles