Home / Regular Issue / JTAS Vol. 12 (2) Sep. 2004 / JSSH-0186-2004

 

Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian

Mazanah Muhammad & Adanan Mat Junoh

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 12, Issue 2, September 2004

Keywords: Motif, motivasi, pendidikan dewasa, pembelajaran dewasa

Published on:

Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti motif utama guru melanjutkan pelajaran melalui program pengajian jarak jauh di Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (IDEAL), Universiti Putra Malaysia dan menentukan tahap motivasi mereka terhadap program tersebut. Seramai 360 guru daripada empat pusat pembelajaran IDEAL telah dipilih secara rawak sebagaisampel kajian. Data telah dikumpul melalui satu instrumen yang dibina khusus bagi kajian ini berdasarkan 'Educational Participation Scale' (EPS) yang dibangunkan oleh Boshier (1973). Sebanyak 272 borang soal selidik yang lengkap dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Kajian ini mendapati tujuh motif utama guru melanjutkan pelajaran adalah (i) pembangunan profesional; (ii) minat kognitif; (iii) kebajikan sosial; (iv) matlamat peribadi; (v) aktiviti pembelajaran; (vi) jangkaan luaran, dan (vii) perhubungan sosial. Tahap motivasi guru terhadap program pengajian adalah tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap motivasi di antara guru berlainan bangsa, semester pengajian, program pengajian dan lokasi sekolah.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0186-2004

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles