Home / Regular Issue / JTAS Vol. 8 (2) Aug. 1985 / PERT-0312-1985

 

Kesan Merebus Ke Atas Kandungan Zat Sayuran Kekacang

Normah Hashim dan Latifah Mohsan

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 8, Issue 2, August 1985

Keywords: Kekacang; merebus; analisa proksimat; kalsium; ferum

Published on:

Kajian telah dibuat ke atas kandungan proksimat, kalsium dan ferum di dalam empat jenis kekacang iaitu kacang botor (Psophocarpus tetragonolobus), kacang sepat (Dolichos lablab), kacang kelor (Moringa oleifera) dan kacang panjang (Vigna sinensis) sebelum dan selepas dire bus. Kalsium ditentukan dengan menggunakan "Atomic Absorption Spectrophotometer" dan ferum dianalisis dengan menggunakan spektrofotometer. Didapati kandungan protein di dalam kacang botor ialah 2.2 g, kacang sepat 2.3 g, kacang kelor 3.9 g dan kacang panjang 3.6 g bagi tiap-tiap 100 g selepas direbus. Kandungan protein berkurangan dengan signifikan (P<0.05) di dalam kacang kelor dan kacang sepat selepas direbus. Kandungan kalsium di dalam kacang botor selepas direbus ialah 54.5 mg, kacang sepat 23.9 mg, kacang kelor 45.6 mg, kacang panjang 39 mg bagi setiap 100 g. Kandungan kalsium berkurangan dengan signifikan (P < 0.05) selepas sayur kekacang tersebut direbus. Kandungan ferum bagi kacang botor selepas direbus ialah 1.1 mg, kacang sepat 0.7 mg, kacang kelor 1.5 mg, dan kacang panjang 0.9 mg untuk setiap 100 g sampel. Kandungan ferum berkurangan dengan signifikan (P < 0.05) selepas sayur kekacang direbus.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

PERT-0312-1985

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles