Home / Regular Issue / JTAS Vol. 27 (1) Apr. 2004 / JTAS-0280-2004

 

Kajian Terhadap Struktur Komuniti Tumbuhan Periuk Kera di Hutan Pendidikan Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan

Jumaat H. Adam, Dayani H.Daiman, Geri Kibe Gopir, A.K. Jalaludin Pengiran Besar, Ramlan Omar & Hafiza A. Hamid

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 27, Issue 1, April 2004

Keywords: Nepenthes, struktur, komposisi spesies, kepadatan, taburan

Published on:

Dua spesies periuk kera iaitu Nepenthers gracilis Korthals dan N. mirabilis (Loureiro) Druce direkod di dalam plot berkeluasan 0.1 hektar. Nepenthes gracilis berbeza daripada N. mirabilis dengan keratan rentas batangnya yang bersudut, daun yang tidak bertangkai, peristom yang nipis (=1 mm tebal), permukaan bawah tudung periuk ditutupi oleh kelenjar madu yang jarang, dinding dalam periuk ditutupi sebahagiannya oleh kelenjar penghadaman jenis terdedah sebaliknya pada N. mirabilis batangnya berbentuk bulat, daun yang bertangkai, peristome yang tebal (=1 mm tebal), permukaan bawah tudung periuk ditutupi oleh kelenjar madu yang padat, permukaan dalam dinding periuk ditutupi sebahagiannya oleh kelenjar penghadaman jenis populasi berbumbung. Kepadatan populasi N. gracilis mengatasi populasi N. mirabilis masing-masing mempunyai 147 dan 15 individu. Kepadatan rendah N. mirabilis adalah kerana spesies ini sangat cenderung hidup di kawasan tanah yang sangat lembap terutamanya di kawasan berpaya. Corak taburan fasa anak cambah dan dewasa N. gracilis dan N. mirabilis adalah signifikan berkelompok.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JTAS-0280-2004

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles