Home / Regular Issue / JSSH Vol. 3 (2) Sep. 1995 / JSSH-0050-1995

 

Sikap dan Masalah Guru Pelatih dalam Menjalani Latihan Mengajar

Zakaria Kasa dan Abdul Rahman Md. Aroff

Pertanika Journal of Social Science and Humanities, Volume 3, Issue 2, September 1995

Keywords: Latihan mengajar, guru pelatih, sikap, pendidikan perguruan

Published on:

Latihan mengajar adalah aktiviti penting dalam program pendidikan perguruan. Melalui aktiviti ini, pelajar didedahkan kepada keadaan sebenar alam perguruan. Kajian ini cuba mengenal pasti sikap pelajar terhadap latihan mengajar dan masalah yang dihadapi semasa menjalani latihan tersebut. Populasi terdiri daripada guru pelatih UPM yang menjalani latihan mengajar pada semester Disember 1993/94. Teknik persampelan kelompok bersistematik digunakan untuk memilih sampel sejumlah 215 orang guru pelatih. Dapatan menunjukkan, secara keseluruhan guru pelatih mempunyai sikap yang positif terhadap latihan mengajar. Sikap terhadap latihan mengajar didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengalaman mengajar. Guru pelatih bukan bekas guru mempunyai sikap yang lebih positif terhadap latihan mengajar daripada guru pelatih bekas guru. Dapatan juga menunjukkan guru pelatih mempunyai kesukaran untuk (1) mengajar dalam tempoh masa yang membolehkan pelajar memberi tumpuan sepenuhnya, (2) memilih alat bantu mengajar yang sesuai, (3) memilih kaedah mengajar yang sesuai, (4) mengetahui latar belakang setiap pelajar yang diajar, (5) mengingati semua nama pelajar yang diajar, (6) mengatasi masalah kewangan, (7) mengatasi masalah kerisauan, dan (8) menyediakan berbagai-bagai jenis soalan. Dua daripada masalah ini, iaitu kesukaran memilih alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang sesuai mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap terhadap latihan mengajar.

ISSN 0128-7702

e-ISSN 2231-8534

Article ID

JSSH-0050-1995

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles