Home / Regular Issue / JTAS Vol. 9 (1) Mar. 2001 / JSSH-0130-2001

 

Algoritma Pendaraban Nombor Perpuluhan dari Perspektif Pelajar Tingkatan Satu

Aida Suraya Bt. Hj. Md. Yunus

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 9, Issue 1, March 2001

Keywords: Kaedah mengajar nombor perpuluhan, konstruktivisme, temu duga klinikal, pendidikan guru matematik

Published on:

Kajian ini membincangkan algoritma pendaraban yang melibatkan nombor perpuluhan dari perspektif pelajar Tingkatan Satu. Data kualitatif dari kajian kes yang dijalankan berlandaskan teori konstruktivis dikumpul melalui dua sesi temu duga klinikal. Temu duga melibatkan enam pelajar Tingkatan Satu dari pelbagai aras kebolehan dalam matematik, berdasarkan pencapaian Matematik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Fokus kajian yang berlandaskan Konstruktivisme adalah terhadap pemerihalan kefahamanan pelajar dari perspektif pelajar sendiri. Tujuh algoritma yang digunakan pelajar dalam mendarab nombor perpuluhan telah dikenal pasti. Pengenalpastian algoritma yang digunakan pelajar membawa implikasi terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan boleh dijadikan asas oleh pendidik matematik dalam merancang strategi pengajaran pendaraban yang melibatkan nombor perpuluhan.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0130-2001

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles