e-ISSN 2231-8542
ISSN 1511-3701
Mohd Azmi Mat Sah & Maimunah Ismail
Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 11, Issue 1, March 2003
Keywords: Saudara baru, pendidikan dewasa, program pembelajaran, Balai Islam
Published on:
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap persepsi responden terhadap status program pembelajaran yang mereka ikuti. Kajian melibatkan sejumlah 60 orang saudara baru dan tiga orang pegawai di sebuah di institusi dakwah Islam. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan responden berbangsa Cina dan beragama asal Buddha, purata umur memeluk Islam ialah 25.8 tahun dan purata umur sekarang ialah 45.2 tahun. Sejumlah 76% responden adalah wanita. Kajian juga menunjukkan responden berpersepsi bahawa program pembelajaran secara keseluruhan adalah memuaskan. Aspek yang perlu diberi lebih perhatian ialah keselesaan kelas, kemampuan pengajar menggunakan pelbagai bahasa, dan beberapa aspek isi kandungan pelajaran. Tiga masalah pelaksanaan program pembelajaran yang dihadapi oleh Balai Islam ialah anggapan bahawa Balai Islam sebagai tempat mengadu masalah, status pekerjaan pegawai dan kurikulum yang kurang lengkap.
ISSN 1511-3701
e-ISSN 2231-8542