Muhammad Fauzi bin Jumingan
Pertanika Journal of Social Science and Humanities, Volume 10, Issue 2, September 2002
Keywords: Teori relevan, pragmatik, penterjemahan Arab-Melayu, konsep Masa
Published on:
Masa itu emas. Masa itu seperti pedang. Begitulah konsep masa diungkapkan dalam budaya Melayu dan Arab bagi melambangkan pentingnya konsep masa itu. Dalam konsep masa ini, bangsa Melayu sering dikonotasikan negatif. Sering kedengaran ungkapan Janji Melayu yang melambangkan bangsa Melayu tidak begitu menitikberatkan kepentingan masa. Adakah perkara ini benar? Justeru, makalah ini cuba merungkai permasalahan konsep masa melalui pendekatan pragmatik, khususnya Teori Relevan (TR). Dengan menggunakan faktor-faktor bukan linguistic (ekstralinguistik) seperti faktor konteks, latar situasi, dan niat pengujar, TR dijangka mampu menghuraikan permasalahan ini secara tuntas. Dengan menggunakan data kata pinjaman Arab yang sudah diterima pakai dalam bahasa Melayu, khususnya melalui penterjemahan dan adaptasi, konsep masa Arab-Melayu ini akan cuba dibincangkan.
ISSN 0128-7702
e-ISSN 2231-8534
Recent Articles