Home / Regular Issue / JSSH Vol. 12 (2) Sep. 2004 / JSSH-0184-2004

 

Penterjemahan Simpulan Bahasa Arab-Melayu: Satu Analisis Teori Relevans

Muhammad Fauzi Jumingan

Pertanika Journal of Social Science and Humanities, Volume 12, Issue 2, September 2004

Keywords: Simpulan bahasa, penterjemahan Arab-Melayu, teori Relevans, set andaian

Published on:

Pada abad ke-20 ini, telah muncul beberapa teori dan pendekatan baru dalam dunia penterjemahan moden. Antaranya seperti teori dinamik oleh Nida dan Taber (1967), teori semantik dan komunikasi oleh Newmark (1981) teori skopos oleh Vermeer dan Reis (1981), dan teori sastera oleh Larson (1984). Secara dasarnya, kesemua teori ini lebih menumpukan kajian pada produk penterjemahan itu sendiri yang dikenali sebagai karya (hasil) terjemahan. Walau bagaimanapun, pada akhir abad ke-20 ini muncul satu teori baru dalam komunikasi manusia. Teori ini cuba menafikan konsep lama dalam komunikasi yang menggarap prinsip komunikasi sebagai pengekod-transmisi-penyahkod. Dengan kata lain, komunikasi menurut teori ini harus melibatkan pemprosesan idea dan minda manusia yang sepatutnya bekerja dalam membuat keputusan tentang sesuatu komunikasi. Teori ini dinamakan teori relevans (TR) yang telah diasaskan oleh Sperber dan Wilson (1986/1995). Teori ini kemudiannya telah dikembangkan oleh Gutt dalam disiplin penterjemahan pada tahun 1991. Oleh itu, makalah ini cuba melihat penerapan TR dalam penterjemahan Arab-Melayu, khususnya dalam aspek simpulan bahasa (SB). Bagaimana konsep dua makna ini dihasilkan dan manakah makna yang dikehendaki oleh penulis asal akan cuba dijawab oleh TR.

ISSN 0128-7702

e-ISSN 2231-8534

Article ID

JSSH-0184-2004

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles