Home / Special Issue / JSSH Vol. 32 (S1) 2024 / JSSH(S)-1570-2024

 

Metafora Api dalam Teks Melayu sebagai Satu Manifestasi Nilai: Analisis Model Hibrid Baharu

Nor Hafuza Muhammad Arif, Hasmidar Hassan dan Maizura Osman

Pertanika Journal of Social Science and Humanities, Volume 32, Issue S1, December 2024

DOI: https://doi.org/10.47836/pjssh.32.S1.04

Keywords: Api, metafora, model hibrid baharu, nilai, pemikiran

Published on: 5 Febuary 2024

Unsur api yang bersifat dinamik membuatkan pengguna bahasa sering menjadikannya sebagai satu lambang untuk mengungkapkan metafora yang mempunyai sesuatu maksud dan memprofilkan nilai yang tertentu. Kajian ini dijalankan untuk menjelaskan maksud yang didukung oleh metafora api dan nilai yang diimplikasikan oleh metafora api serta menghuraikan proses penginterpretasian metafora api. Secara khusus, kajian ini memperlihatkan proses penginterpretasian yang berlaku ketika memproses maksud metafora api yang akhirnya membolehkan nilai api dalam konteks metafora ditafsirkan dari perspektif pemikiran Melayu. Bagi mencapai tujuan ini, kaedah analisis kandungan dimanfaatkan dan data yang dijana daripada Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka dianalisis dengan menggunakan Model Hibrid Baharu oleh Stöver (2010). Model Proses Tiga Serangkai yang lebih bermodular dan bersistematik dicadangkan dalam model ini. Sebanyak 2400 konkordans leksikal bersumberkan api telah diteliti dan terdapat 94 data yang dikenal pasti sebagai metafora api. Dapatan kajian menunjukkan bahawa metafora api digunakan untuk memerihalkan emosi, menjelaskan intensiti emosi, menambahkan kesan afektif dan mengkritik keadaan, sikap atau perbuatan individu. Berdasarkan data yang dianalisis, didapati bahawa frekuensi metafora api yang mengimplikasikan nilai negatif ialah 63.9%, manakala frekuensi nilai positif sebanyak 36.1%. Pengkategorian nilai ini ditentukan oleh kolokasi dan konteks metafora yang dibicarakan. Ternyata, faktor agama, budaya dan sosial memberikan pengaruh yang besar kepada orang Melayu dalam memberi persepsi terhadap api. Kajian ini diharapkan dapat memberikan input baharu tentang kekuatan prosedur penginterpretasian metafora yang menekankan pertimbangan semantik kognitif dan pragmatik yang lebih sistematik bagi mencungkil maksud metafora dan mencerakin nilai yang dimanifestasikan oleh leksikal api dan gugusan leksikal api.

  • Ahmad, H. (2003). Metafora Melayu: Bagaimana pemikir Melayu mencipta makna dan epistemologinya. Akademi Kajian Ketamadunan.

  • Ahmad, H. (2016). Bahasa dan pemikiran Melayu: Pesanan terakhir pejuang bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Blakemore, D. (1992). Understanding utterances. Blackwell.

  • Dato, J., Saidan, R., Banseng, S., Sulaiman, S., Idris, M. R. M., & Dermawan, T. (2022). Struktur dan unsur metafora dalam puisi invokasi biau masyrakat Iban. Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 30(3), 1125 - 1145. https://doi.org/10.47836/pjssh.30.3.1

  • Deraman, A. A. (2010). Wacana peradaban Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus dewan edisi keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka

  • Gibbs, R. W. & Macedo, A.C. P. S. D. (2010). Metaphor and embodied cognition. DELTA: Documentação de Estudos em Lingüística Teórica e Aplicada, 26, 679-700. https://doi.org/10.1590/S0102-44502010000300014

  • Gibbs, R. W. (1999). Taking metaphor out of head and putting it and putting it in the cultural world. In R. W. Gibbs, & G. J. Steen (Eds.) Metaphor in Cognitive Linguistics (pp.146-166). John Benjamins. https://doi.org/10.1075/cilt.175.09gib

  • Hanada, G. Z. A. (2023). The people were toppled by the fire from all sides: An analysis the metaphorical use of fire in Jordanian political speeches. English Linguistic Research, 12(1), 14784. https://doi.org/10.5430/elr.v12n1p31

  • Hassan, H. (2023). Kajian linguistik bahasa Melayu bersumberkan korpus. Kekuatan dan kelemahannya. Jurnal Pendeta, 14(1), 23-34. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.1.fa.2.2023, https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/8082

  • Hassan, Z. (2010). Unsur alam dalam puisi Melayu moden. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

  • Jalaluddin, N. H. (2014). Semantik dan akal budi Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.

  • Kövecses, Z. (2000). Metaphor and emotion: Language, culture and body in human

  • feeling. Cambridge Universiti Press.

  • Krisnawati, E., Darsono, H., Amalia, R. M., Sujatna, E. T. S., & Pamungkas, K. (2021). Metaphors in Indonesian nature tourism discourse: Disclosing cognition about nature. Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 29(4), 2469 - 2482. https://doi.org/10.47836/pjssh.29.4.21

  • Lakoff, G. (1987). Women, fire, and dangerous things: What categories reveal about the Mind. University of Chicago Press. https://doi.org/10.7208/chicago/9780226471013.001.0001

  • Martínez, S. T. (2022). Metaphors and emodied otherwise they would not be metaphor. Lingusitic Vanguard, 8(1), 185-196. https://doi.org/10.1515/lingvan-2019-0083

  • McKee, C. (2023). Literising metaphor in the poetry of Robert Southwell. Renaissasance Studies, 37(1), 75-91. https://doi.org/10.1111/rest.12819

  • Minikeeva, A. A., Sadykova, A. G., & Med, N. G. (2020). Cognitive linguistic approach to the integrated theory of metaphor. Jurnal Artículos, 25(7), 244-250. https://doi.org/10.5281/zenodo.4009702

  • Rafat, M. (2022). Role of metaphors in controlling meaning making processes: ‘War’ and ‘fire’ metaphor for Covid-19 pandemic. Literature and Linguistic Journals, 1(1), 42-52. https://doi.org/10.58425/llj.v1i1.97

  • Rashidin, R. (2016). Metafora emosi dalam data korpus teks tradisional Melayu: Analisis teori Hibrid [Unpublish doctoral thesis]. Universiti Kebangsaan Malaysia.

  • Rashidin, R., Mohamad, N. U., & Jantan, Z. (2023). Metafora akal, kehidupan dan fikiran dalam buku Falsafah Hidup karya Hamka. Jurnal Bahasa, 23(1), 113-146. https://doi.org/10.37052/jb23(1)no5

  • Sarudin, A., & Shanmugam, P. (2023). Operasi metafora nilai kerajinan dalam peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil: Analisis teori Hibrid. Jurnal Bahasa, 23(1), 33-64. https://doi.org/10.37052/jb23(1)no2

  • Seeman, M. V. (2023). Use a metaphor when treating unexplained medical symptoms. World Journal of Clinical Cases, 11(2), 332-341. https://doi.org/10.12998/wjcc.v11.i2.332

  • Semino, E. (2021). “Not soldiers but fire-fighters” – Metaphors and Covid-19. Health Communication, 36(1), 50-58. https://doi.org/10.1080/10410236.2020.1844989

  • Sperber, D., & Wilson, D. (1995). Relevance: Communication and cognitive (2nd ed.). Wiley-Blackwell.

  • Stefanowitsch, A. (2006). Corpus-based approaches to metaphor and metonymy. In A. Stefanowitsch & S. T. Gries (Eds.) Corpus-based approaches to metaphor and metonymy (pp. 1-16). Mouton de Gruyter. https://doi.org/10.1515/9783110199895

  • Stöver, H. (2010). Metaphor and relevance theory: A new hybrid model [Unpublish doctoral thesis]. University of Bedfordshire.

  • Tendahl, M. (2009). A hybrid theory of metaphors: Relevance theory and cognitive linguistics. Palgrave Macmillan.

  • Ungerer, F. H., & Schmid, H. J. (1996). An introduction to cognitive linguistics. Longman.

  • Wolfram, W. (1991). The linguistics variables: Facts and fantasy. American Speech, 66(1), 22-32. https://doi.org/10.2307/455432

ISSN 0128-7702

e-ISSN 2231-8534

Article ID

JSSH(S)-1570-2024

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles