e-ISSN 2231-8534
ISSN 0128-7702
Muhamad Asytar Mohamad Noor Ropiah, Fazal Mohamed Mohamed Sultan dan Nur Faqihah Hanim Muhamed Sanari
Pertanika Journal of Social Science and Humanities, Volume 33, Issue 4, September 2025
DOI: https://doi.org/10.47836/pjssh.33.4.05
Keywords: Bahasa Orang Asli, penandaan bernombor, program minimalis, Semai, sintaksis
Published on: 2025-09-19
Kajian ini menumpukan kepada penandaan bernombor digunakan oleh Kata Ganti Nama Diri (KGND) dalam bahasa Semai. Leksikal yang berbeza yang digunakan oleh penutur untuk menggambarkan bilangan subjek dalam ayat. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif; melalui temu bual semi struktur dengan penduduk bahasa Semai di RPS Betau, Sungai Koyan, dan kualitatif; menggunakan pendekatan teori Program Minimalis. Data kajian dibersihkan bersama penutur bahasa Semai, kemudian dianalisis dengan menggunakan Program Minimalis untuk mengkaji leksikal ke peringkat minimal. Analisis kajian dijelaskan secara deskriptif melalui rajah pohon untuk menjelaskan peranan penandaan bernombor bahasa Semai. Hasil kajian mendapati bahawa penandaan bilangan bahasa Semai untuk KGND Pertama dan Ketiga memiliki leksikal tersendiri yang menandakan subjek tunggal tanpa menggunakan nombor. Meskipun tanpa makna semantik, kehadiran penandaan ini penting untuk menggambarkan bilangan subjek dalam ayat. Kajian ini membincangkan struktur ayat bahasa Semai dengan penandaan bernombor, diperlihatkan melalui huraian rajah pohon yang memaparkan pergerakan penandaan tersebut. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pengkaji linguistik memahami bahasa Semai dengan lebih menyeluruh.
ISSN 0128-7702
e-ISSN 2231-8534
Recent Articles